Amerika merupakan sekutu kuat Israel seperti yang dijangka menyokong tindakan Israel untuk meneruskan serangan terhadap Gaza. Insiden ‘makan kasut’ bukan lagi menjadi pengajaran buat si Bush celaka ini malah menebalkan lagi kebenciannya terhadap mayarakat islam di dunia. Beratus-ratus kanak-kanak dan golongan wanita menjadi mangsa korban kezaliman Zionis. Aku sedih sekali melihat mayat kanak-kanak yang tidak berdosa bergelimpangan. Mayat-mayat inilah yang dahulunya bakal menjadi generasi baru dan membawa harapan untuk memajukan lagi negaranya kini terkubur bersama-sama harapan yang hanya tinggal kenangan.
Kita masyarakat dunia hanya mampu berhimpun dan mengutuk tindakan tersebut. Tapi yang nyata kuasa bukan ditangan kita. Suara lantang berjuta-juta rakyat seluruh dunia sedikitpun tidak membantutkan tindakan jahat Zionis dan sekutu kuatnya Amerika. Dan untuk kesekian kalinya, Gaza dibedil oleh tentera zionis dan menyaksikan pertumpahan berlaku.
Amerika dengan lantang menyokong tindakan Israel untuk meneruskan serangan dengan alasan sial bahawa Israel mempunyai hak untuk melindungi rakyat mereka dan Hamas diarah untuk mengikut segala macam syarat jika mahukan gencatan senjata. Apalah kemudahan perang yang ada pada Gaza sehingga Israel ingin melindungi rakyat mereka yang kononya terancam. Itu cuma alasan bangsat yang diberi tetapi sebenarnya mereka hanya ingin menguasai sebahagian besar Gaza untuk memperluaskan lagi wilayahnya. Amalan demokrasi yang diamalkan sekutu kuatnya Amerika nampaknya tidak diterima pakai pada saat ini. Malang sekali nampaknya sebuah kuasa besar dunia yang lantang mempertahankan hak asasi manusia ternyata cakap tak serupa bikin.
Apakah tindakan kita sebagai masyarakat dunia?? Kita hanya mampu mengutuk tindakan bangsat ini tetapi lebih baik kita salurkan sumbangan seberapa yang boleh tanda simpati kita terhadap mangsa keganasan ini. Nampaknya mereka yang menggelarkan masyarakat islam sebagai pengganas adalah pengganas sebenar yang patut dikecam.
Pada aku pula, harapan aku moga-moga kemunculan Obama sebagai presiden Amerika akan datang dapat sedikit sebanyak membantu dalam isu hak asasi manusia yang telah sekian lama di abaikan oleh kuasa-kuasa besar dunia semata-mata untuk kepuasan peribadi mereka.
Pada pembaca semua, kita bersyukur pada tuhan kerana hidup di negara yang aman sedangkan kanak-kanak di Gaza sentiasa dibayangi mimpi ngeri setiap hari yang mengancam nyawa mereka. Hulurkanlah sumbangan pada tabung-tabung yang berkaitan semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.
Sunday, January 4, 2009
Saturday, January 3, 2009
Welcome to QisDani blog!!
Welcome to my blog...
This blog was create for you to share about anything.
Simply left your comment here!! Cheers...
This blog was create for you to share about anything.
Simply left your comment here!! Cheers...
Subscribe to:
Posts (Atom)